Thursday, March 29, 2012

Sebelum dan selepas sembahyang Subuh

Ini sewaktu aku hendak sembahyang subuh.  Dulu aku selalu bila hendak sembahyang subuh kena ke surau sebab aku tidak pandai membaca doa Qunut.  Jadi kena berjemaah.  Aku selalu saja sembahyang berjemaah dahulu sehinggalah pada suatu berlaku kejadian yang tak di inginkan oleh semua orang.

Sehari sebelum kejadian, malam sebelum bertukarnya hari pada pukul 12 ini.  Aku malam itu sembahyang Isyak berjemaah di surau dan balik melalui kawasan rumah kosong dan rumah seorang pemburis perahu.  Apabila aku balik dari surau itu, aku lihat rumah pemburis perahu itu dipenuhi dengan ramai orang tapi aku tidak tahu sebab apa, jadi aku pun menerukan perjalanan ku menuju kerumah.  Bila dirumah, aku lihat rumah kosong, yang tinggal hanyalah abang ku.  Jadi aku tanya dia,
"mana durang yang lain Bang?"
Dan dia jawab,
"Tu pat sana ah yang pemburis ah, meninggal tadi masa maghrib."
Aku pun berhenti bertanya, dan terus bersalin pakaian lalu melihat televisyen.  Dalam pukul 9.30 malam barulah mama dan yang lain-lain balik.  Dan aku bertanya apa sakitnya tapi mama kata tidak tahu dan yang penting dia meninggal di waktu muda, kahwin pun belum lagi.
Disebabkan aku lapar, aku pun tidak mahu bertanya lagi dan terus bertanya makan pada mama, mama pun memberi makanan yang kena beri tempat orang meninggal tadi itu.  Lepas itu, aku pun mandi dan terus tidur kerana letih.  Esoknya lagi sekolah. 

Setelah lena tidur aku pun terbangun awal waktu itu kerana hendak sembahyang subuh, kira-kira waktu itu aku bnagun pukul 4.  Dan aku pun mandi dan mengambil wudhu dan terus berjalan menuju ke surau.  Dari rumah hendak ke surau boleh memakan masa 15 minit.  Dalam perjalanan ke surau itu aku merasakan bulu aku ternaik tapi aku membiarkan saja, dan melintas rumah kosong itu aku terasa berangin di sebelah ku, dan pokok bergoyang, aku biarkan saja.  Dan lalu lagi di kawasan rumah pemburis perahu itu, aku lihat seram sejuk saja rumah dia.  Aku pun berjalan lagi dan terasa aku aku seperti di humban, aku lihat tapi tidak ada.  Sudah itu, merasa seperti aku di ganggu aku mulalah berlari menuju ke surau.  Sampai disurau belum ada orang lagi, melainkan imam.  Lalu aku pun duduk dan membaca surah yassin.  Tapi dalam membaca itu aku terasa badan aku seperti di duduki oleh sesuatu tersa berat semacam saja belakang aku.  Aku cuba melawan tapi tidak dapat, aku membaca ayat kursi masih juga tidak dapat badan aku di gerakkan.  Setelah aku tidak terdaya aku pun menyerah saja tapi tidak lama kemudian ada seseorang menggoyang badan aku rupanya imam, dan menyuruh ikut berjemaah bersama.  Rupanya aku tertidur.

Setelah habis sembahyang dan berzikir, dan bersalam dengan jemaah lain, aku pun balik.  Tapi aku terasa takut juga mahu balik, kerana terpaksa aku pun balik.  Hari pun masih gelap, aku kena melintasi rumah tadi itu.  Apabila datang kawasan rumah pemburis itu, aku kedengaran bunyi orang sedang memburis perahu aku yang sedang takut ini pun melihat siapakah itu.  Dan yang pastinya yang memburis itu adalah orang baru meninggal semalam, dengan wajahnya yang pucat dan tangannya yang lebam-lebam, aku tercengang melihat terkejut apabila pemburis itu melihat pada ku, aku terkejut dan berjalan semula kira aku tak nampak benda itu tapi dalam hati berdoa semoga tidak di ganggu. 
Dan melintasi lagi rumah kosong lagi, aku pun di baling dengan batu-batu tapi tidak kena pada ku hanya sebelah aku.  Semakin aku berjalan laju, makin banyak juga batu yang di baling dan aku pun memalingkan wajah ku pada rumah kosong itu, aku lihat benda itu seperti budak sedang membaling-baling aku.  Aku yang semakin takut di bayangi lagi wajah pemburis perahu itu lalu aku pun berlari tapi terjatuh di jambatan dan sedikit lagi aku tergugur ke tanah.  Dan aku pun bangun semula lalu berlari lagi menuju kerumah.  Dengan peluh yang membasah baju ku, aku pun menutupi badan ku dengan selimut.
Bila sudah nampak matahari, aku pun di bangunkan oleh mama tapi badan aku terasa panas dan aku pun demam waktu itu tidak bersekolah.
Dan sejak itu juga aku tidak lagi sembahyang subuh berjemaah di surau.  Kerana tidak mahu lagi berulang kedua kali.