Wednesday, April 4, 2012

4 malam berturut-turut aku di ganggu

Malam-malam, aku selalu di ganggu, membuatkan aku inda lagi mau kan tidur dibilik ku lagi.  Sering di ganggu membuat aku takut untuk tidur seorang diri.  Tapi sampai bila jua aku tidur sama orang, jadi terpaksa jua memberanikan diri ku.
Mulanya, pada suatu malam, aku yang sedang nyenyak tidur di bilik ku, tersedar apabila aku terdengar bunyi orang batuk di luar tingkap bilik ku.  Semakin ku biarkan semakin aku tersedar dari gangguan itu.  Tapi aku terfikir juga macamana boleh orang batuk sebelah tingkap bilik ku, sedangkan bilikku di tingkat atas, aku takut jua masatu.  Tapi kan turun kebawah, bilik ku gelap jua, takut jua kalau membuka pintu muncul depan ku.  Aku pun mencubalah untuk membuat diri ku ani tidur lagi.  Akhirnya tidur jua, dan esoknya aku bagitahu mama, dan ia kata ia pun inda tau.  Jadi aku terpaksalah membiarkan saja. 

Esok malamnya cematu jua, tapi kali ni lain lagi caranya mengganggu aku, dengan menggegar tingkap bilik.  Aku yang nyenyak tidur pun terbangun jua.  Dengan memeluk bantal busuk ku, dan ketakutan sehingga aku tidak bertidur hingga azan subuh berkumandang.  Waktu aku di ganggu, aku lihat jam menunjukkan pada pukul 2.30, sama seperti kemarin jua aku terdengar orang batuk pada pukul 2.30.  Habis orang azan, aku pun sembahyang subuh dibilik ku.  Dan lepas sembahyang aku turun kebawah dan tidur dibilik mama, bangun ku, aku ceritakan arah mama, tapi kali ni jua ia cakap ia inda tau.  Aku semakin hairan, selalunya aku tidur dulu  inda kena ganggu, jadi aku pun bertanya arah kawan-kawan ku, tapi durang tetap jua inda tau.  Aku rasa aku seperti aku ada mengacau sesuatu sehingga 'benda' tu ganggu aku.  Aku pun biarkan dulu, nanti aku tanya arah nini ku kataku dalam hati.


Esoknya lagi, pada malam ketiga, sama juga pukul 2.30 aku diganggu lagi, tapi caranya mengganggu aku bertukar lagi, kali ini 'benda' tu menggoyang katil aku dengan kuat.  Aku terjaga, tapi aku tidak berani melihat bawah katil aku, takut bila aku lihat tepat-tepat depan mukanya.  Jadi aku membiarkan lagi hingga 'ia' berhenti sendiri.  Tapi kali ini ia berhenti sebelum kedengaran bunyi terahim, aku hanya memeluk bantal busuk ku dengan kuat ketika itu, seperti biasa habis sembahyang subuh aku pun turun kebawah dan tidur bilik mama.  Tapi kali ni aku inda menceritakan pat mama.  Sama jua kang jawapannya inda tau.  Kerana mau mencari jawapannya, mengapa 'benda' tu mengganggu aku, aku pun meruah semua barang-barang ku, mana tau aku ada terbawa benda yang bukan aku punya.  Tapi inda kejumpaan.  Aku mencari hinggalah kepetang dan kemalam, seharian inda keluar rumah. 
Kali ini hajat aku inda mau tidur dan menunggu hingga pukul 2.30, kerana ingin menemui 'benda' tu.  Dengan bertekad untuk berjumpa, aku pun masuk kebilik aku pada pukul 12 tengah malam.  Dan duduk sambil bermain handphone sementara menunggu pukul 2.30.  Jam pun menunjukkan pukul 2.25, aku pun dengan perasaan yang takut-takut berani menanti kemunculannya.  Dengan tiba-tiba katil aku di goyang, lalu muncul satu lembaga wanita depan katil ku, aku yang mulanya berani bertukar jadi takut kerana melihat wajahnya yang buruk.  Aku pun terus menutup badan aku dengan selimut tapi selimut aku seperti di tarik, lalu berkata lembaga tu
"balikkan semula rantai yang kau ambil di wasai, balikkan semula rantai yang kau ambil di wasai, balikkan semula rantai yang kau ambil di wasai,balikkan semula rantai yang kau ambil di wasai" berulang-ulang dia berkata. 
Lalu 'benda' tu hilang, aku pun berlari ke bawah dengan peluh yang banyak. 
Esoknya, aku teringat yang aku pernah terjumpa rantai di wasai dan aku mengambilnya pada 5 hari sebelum kejadian aku ini.  Dan aku pun membawa Gnuy(kawanku) untuk menemani aku ke wasai dan aku menceritakan ia tentang kejadian ku alami 4 malam berturut-turut.  Di wasai, aku meminta maaf dan menaruh semula rantai tu di tempat awal-awalnya dan terus balik. 
Lepas tu aku inda lagi kana kacau di bilik ku.  Tapi aku tetap jua takut untuk tidur dibilik. 

No comments:

Post a Comment