Saturday, April 7, 2012

DEMAM ku

Belum batah ani aku demam, akibat terlanggar sesuatu atu, masa aku demam atu aku rasa badan ku terlampau panas sampai40 degree.  Aku demam 3hari, sampaikan aku menangis di hari pertama dan kedua semasa aku ampai-ampai di atas katil inda dapat berdiri terlampau kepisan sudah. 

Hari pertama ku demam - Aku ampai-ampai di atas katil ketika tu hari masih petang, mama ku mengurutkan dan aku pun tertidur.  Apabila aku terbangun semula bilik ku sungguh petang sekali, dan hanya aku yang bersendirian dan pada masa tu hidung aku inda dapat benafas sal tesumbat.  Aku hanya benafas melalui mulut aku, tapi sasak nafas sikit.  Ketika aku ingin menutup mata, aku terasa badan aku sedang dihimpit oleh sesuatu dan mulut aku tidak dapat dibuka, aku inda dapat bernafas, aku cuba dari hidung hanya dapat menyiruk sikit saja, bila aku buka mata, aku nampak ada sesuatu sedang duduk di atas badan aku dan menutup mulut ku, aku yang inda tahan lagi nak benafas pun meronta-ronta untuk melepaskan diri dari di himpit.  Dan akhirnya aku pun lepas, lalu aku pun menarik nafas aku seperti orang yang baru lepas menyelam dengan lama.  Dan lepas itu, aku menangis.  Tapi hendak keluar dari bilik inda dapatpasal terlalu lemah mau bejalan.

Hari kedua ku demam - Sama juga aku masih ampai-ampai di bilik, kadang aku bangun tapi hanya mengesotkan badan aku saja untuk mengambil sesuatu seperti orang sedang lumpuh.  Makan pun mama ku yang suapkan, minum, makan ubat, dan mengurut.  Semuanya mama yang buat untuk ku.  Mama juga seperti kemarin, lepas aku di urut aku pun tertidur.  Ketika aku tidur itu, akubermimpi yang aku sedang berada di dalam aing masin sedang lepas, kerana tidak tahan aku pujn tersedar, apabila aku sedar aku rasakan badan ku sekali lagi di himpit oleh sesuatu dan mulut ku di tutup hinggakan aku payah bernafas.  Aku apalagi melawanlah hingga akhirnya aku pun terlepas dan menarik nafas dengan panjang sekali.  Dan menangis lagi pasal aku takut, aku kehilangan nyawa pada masa tu.  Lalu aku pun keluar dari bilik dengan ngesot untuk mendapat mama ku.

Dan hari ketiga ku demam - hari ketiga ini, aku rasa panas ku makin berkurang, dan aku sudah dapat berjalan sperti seperti biasa tetapi hanya sakit dan pening saja masih belum baik, kadang ada kadang nada.  Aku pun mulalah dengan kehidupan aku biasa, jalan untuk lepak rumah kawan pasal boring sudah dua hari tahan-tahan dirumah, lalu aku pun berjalanlah kerumah Gnuy.  Apabila aku hendak kerumah kira-kira pukul 9.30, aku terasa yang aku sedang diikutkan oleh sesuatu sebabnya ada bunyi tapak kaki dari belakang, tapi sudah aku liat nada.  Aku pun bejalan lagi, tapi kali ini aku seperti terasa yang aku sedang kena pigang pat bahu ku.  Tapi aku liat inda jua ada.  Sampai ja di rumah Gnuy, kami pun lepak macam biasa tapi kadang tu ada jua lah aku batuk-batuk, inda nyaman liur nya orang.  Sambil bercerita tu, aku ada jua gtau ia ani uang aku kena pihit oleh antu masa ku tidur.  Semuanyalah aku ceritakan, lama jua aku lepak akhirnya aku pun kan balik pasal badan ku inda baik rasa, kira-kira pukul 11.15.  Dalam perjalanan bali tu aku sempat jua main handphone dan berhenti sekejap tapi aku rasa badan ku macam kena tulak membuatkan tersasar kedepan sikit, aku pun jalanlah lagi, dan badan aku di pigang lagi tapi kali ni aku biarkan saja, aku berjalan hingga kerumah, bila aku menutup pintu rumah ku kedengaran suara orang sedang ketawa diluar pintu rumah ku.  Aku pun apalagi lari tarus kebilik mama.

Dan hari keempat, aku pun bekerja... hari ni 7/4/2012.. :D

No comments:

Post a Comment